Friday, May 7, 2010

haluan hidup 3

"pakcik anak jagaan pakcik sudah stabil" . katanya dengan nada yang kembali riang. suara yang memberi sinaran dan menerangi ruang menunggu yang selalunya suram itu. butiran air mata dilihat bercucuran ke lantai hospital tersebut. doktor muda itu dipeluk erat oleh pakcik tersebut dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. terasa sungguh dalam maknanya apabila ucapan tersebut diucapkan oleh seorang yang penuh dengan harapan. "bila pakcik boleh tengok anak pakcik?." terpacul soalan itu tiba-tiba selepas beberapa saat menitiskan air mata.
saat dia melangkah kedalam bilik yeng membeku itu, dilihat sebujur jasad diselimuti, seperti sedang enak dibuai lena dengan wayar pembekal darah, masih bersambung, dilihat mesin pengesan nadi masih lagi menyampaikan maklumat bahawa si anak masih bernyawa.....

No comments: