Friday, May 7, 2010

haluan hidup 3

"pakcik anak jagaan pakcik sudah stabil" . katanya dengan nada yang kembali riang. suara yang memberi sinaran dan menerangi ruang menunggu yang selalunya suram itu. butiran air mata dilihat bercucuran ke lantai hospital tersebut. doktor muda itu dipeluk erat oleh pakcik tersebut dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga. terasa sungguh dalam maknanya apabila ucapan tersebut diucapkan oleh seorang yang penuh dengan harapan. "bila pakcik boleh tengok anak pakcik?." terpacul soalan itu tiba-tiba selepas beberapa saat menitiskan air mata.
saat dia melangkah kedalam bilik yeng membeku itu, dilihat sebujur jasad diselimuti, seperti sedang enak dibuai lena dengan wayar pembekal darah, masih bersambung, dilihat mesin pengesan nadi masih lagi menyampaikan maklumat bahawa si anak masih bernyawa.....

haluan hidup 2

minit kian berlalu. jarum jam sudah dua kali menjelajah segenap rantau badan jam. semakun haus tangan tua pakcik itu yang ligat memutar tasbih memuji ilahi sambil mendoakan anak muda tersebut. debaran makin memuncak tatkala lampu di bilik kecemasan itu berhenti menyala. memalapkan sedikit ruang menunggu itu. seorang doktor muda keluar dengan muka yang penuh dengan kekecewaan sambil tangan memaut antara satu sama lain, dengan jubah yang serba putih, dan stereoskop yang tergantung di lehernya lesu menunjukkan tiada harapan. "pakcik, saya harap pakcik dapat bersabar apabila mendengar berita ini ya," doktor muda itu memulakan perbualan dengan nada yang rendah. hampir tidak dapat merenung mata dan raut tua si pakcik yang penuh mengharap. ibarat katanya "tolonglah anak muda, berilah berita gembira untuk pakcik meneruskan hidup dengan penuh gembira bersama anak pakcik itu" .

haluan hidup

Kedengaran roda di bawah katil usungan itu berkeriut menjerit tatkala seorang anak terbaring hampir kaku diperut katil tersebut. Ditolak oleh anak-anak muda lingkungan 20-an berpakaian serba putih. Seorang pakcik dalam lingkungan 40-an berlari2 lari anak mengekori mereka. Setibanya di muka pintu, "maaf bang, abang kena tunggu disini, kawasan ini tidak dibenarkan sesiapa pun masuk." "Tapi,anak ini bawah jagaan saya, bukan sapa-sapa lagi pun, saya pun hendak tau apa yang terjadi pada dia. saya sayang dia!!!!!!!!!!!!" katanya separuh menjerit. Lelaki berbaju putih itu hanya mampu menasihatkan dia untuk menghormati pesakit yang lain. Katanya" abang boleh duduk disini, dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memulihkannya. Abang boleh berdoa dan menunggu disini kalau abang nak" katanya dengan nada yang rendah bertujuan memujuk pakcik itu.........................................................................................................................................